23 June 2021

UQASHA: "RASA MACAM NAK PAKAI TUDUNG BALIK... KENA ISTIQOMAH DULU, NANTI KENA KECAM"



Baru-baru ini, pelakon Uqasha telah memuatnaik sebuah video di akaun Tik Tok miliknya dimana dia memakai abaya dan tudung yang diterima sebagai hadiah.

Dalam pada itu, tunang kepada pelakon Kamal Adli ini ada meluahkan hasrat ingin memakai tudung semula. Tetapi sebelum berbuat demikian, katanya, dia kena istiqomah dahulu. Ini kerana, kalau tidak dia bakal menerima kecaman.

"Cantiknya abaya dan tudung ni, rasa macam nak pakai tudung balik... Tapi kena istiqomah dulu, kalau tak nanti kena kecam," kata Uqasha di Tik Tok.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Uqasha itu telah menjadi perhatian orang ramai. Melihat di ruangan komen video tersebut, ia dibanjiri dengan kata-kata positif dari peminat yang mendoakan agar satu hari nanti akan terbuka hati Uqasha untuk bertudung semula.

Buat masa ini, video hantaran Uqasha di Tik Tok itu telah meraih lebih 50,000 tanda suka dan 1700 lebih komen dari peminatnya.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: