23 June 2021

"LANGGAR ADAB, TAKPELAH... YANG PENTING BENDA BAIK KITA CEPATKAN" - ERMA FATIMA



"ALHAMDULILLAH. Setahun lebih tunggu.. ada saja alasannya, PKP lah, itulah, inilah, jadi majlis semalam aku plan 3 hari sebelumnnya dan syukur settle.

"Walaupun dah langgar adab, takpelah. Yang penting benda baik kita cepatkan. Insyallah. #yeahhhdapatmenantu #untungdapatbesansempoi," tulis pengarah dan pelakon Erma Fatima yang menzahirkan perasaan syukur apabila dapat melaksanakan acara merisik untuk anak lelakinya meskipun hanya dalam talian, berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Erma menerusi laman Instagram telah memuat naik hantaran video sepanjang majlis merisik yang berlangsung baru-baru ini untuk tatapan peminat dan juga pengikutnya.

Klik untuk gambar besar



Meskipun Erma merasakan terdapat pelanggaran adab dan budaya dalam majlis merisik yang diadakan secara 'online' itu, namun pengarah drama 'Mok Cun' ini berkata dia hanya merasa bertanggungjawab untuk mempercepatkan urusan perkahwinan anaknya itu.

Sementara itu, turut hadir dalam majlis itu ialah bekas suami Erma, Bade Haji Azmi. Apa-apapun, tahniah diucapkan buat Erma yang bakal menerima menantu tidak lama lagi.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: