23 June 2021

ELYANA LUAH RASA SYUKUR BERAT BADAN BERTAMBAH 42KG DARIPADA 35KG



"Alhamdulillah! Berat saya dari 35kg, hari ni timbang 42kg. Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu-jemu sedekah makanan pada saya.. I love u!," demikian tulis pelakon dan penyanyi Elyana yang menzahirkan rasa syukur apabila berat badannya kini kian bertambah.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal menerusi hantaran terbaru di laman Instagram turut berterima kasih atas ucapan dan sokongan semua pihak.

Penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu sebelum ini memdedahkan berat badannya mencecah 35 kilogram selepas menderita penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya. Elyana memaklumkan hal tersebut selepas ditanya peminat menerusi Ask Me Question.

Klik untuk gambar besar



Dia yang kini menerima rawatan radioterapi di hospital turut menerima beg bekalan darah yang dimasukkan ke dalam badannya, selain susu bagi meningkatkan berat badan.

Sekitar Disember tahun lalu, Elyana memaklumkan kanser yang dihidapi telah menyerang dan merebak ke beberapa organ badannya seperti rahim, hati dan pangkal paha.

Terdahulu, Elyana membuat pendedahan mengenai penyakit kanser limfoma selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: