07 July 2021

AKUI PKPD BERI SEDIKIT KEMURUNGAN - UQASHA AMBIL WUDUK & BACA AL-QURAN



Jalani Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk sekian lama boleh membuatkan hidup seseorang mengalami kemurungan. Perkara tersebut turut diakui oleh pelakon Uqasha Senrose, 29, yang turut mengalami sedikit kemurungan dan seperti rasa tidak kena.

Ujar tunang kepada pelakon Kamal Adli ini lagi, hidupnya terasa seperti tertutup dan juga tidak betul kerana tidak dapat pergi kemana-mana kerana sudah terbiasa keluar bekerja setiap hari.

Bukan ingin mengeluh, Uqasha berkata perkara tersebut mempunyai kaitan dengan soal pengurusan masa setiap individu. Dia juga sempat berkongsi tips untuk mengatasi perasaan kemurungan itu kepada peminat di luar sana yang turut sama terkesan akibat wabak pandemik ini.

Klik untuk gambar besar



"Macam saya terus ambil wuduk, sembahyang serta diikuti baca Al-Quran. Bukan nak tunjuk baik, tapi ini yang saya buat selama ini. Waktu sama, saya borak dengan ahli keluarga yang lain, mengemas rumah dan sibukkan diri dengan bisnes," katanya.

Uqasha atau nama sebenarnya nama Nik Zaris Uqasha Nik Sen berkata, apa yang terjadi ketika ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri dan meminta orang ramai di luar sana tidak terlalu memikirkan isu ini kerana boleh menyebabkan tekanan buat diri sendiri.

"Saya bukan pakar atau nak memandai beri nasihat. Tak kira bangsa atau agama, dekatkan diri dengan Tuhan sambil buat benda-benda positif seperti bangun pagi, mandi, segar serta cantikkan diri, kemas rumah, masak dan baca buku bagi memenuhkan hari terluang..," pesan Uqasha lagi kepada peminat di luar sana.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: