07 July 2021

GUNA SIMPANAN, TAK MAHU BERHUTANG - HAFIZ ZAINAL LABUR RM500,000 BUKA KLINIK GIGI



"Jika nak bergantung dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi sahaja memang terkesan, jadi saya buka klinik sebagai punca pendapatan. Saya dah pasang impian nak buka klinik semasa sejak 10 tahun lalu. Ini masa terbaik untuk saya kejar semula impian itu.

"Saya buka klinik dengan kawan sekelas saya di universiti. Saya tak pernah buat bisnes jadi ini cabaran baharu bagi saya," ujar penyanyi baharu yang juga bekas peserta Big Stage 2020, Hafiz Zainal.

Keadaan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia menjejaskan langkah Hafiz untuk mencari rezeki dalam bidang itu. Bagi mencari punca pendapatan baharu, Hafiz yang juga seorang doktor gigi tekad melaburkan RM500,000 bagi membuka sebuah klinik pergigian Toothsuite Dantal bersama seorang rakannya.

Dalam pada itu Hafiz berkata, dia tidak membuat pinjaman bank untuk memulakan perniagaan itu sebaliknya menggunakan wang simpanan peribadi masing-masing.

"Alhamdulillah saya buka klinik tak gunakan apa-apa loan, saya tak nak berhutang banyak untuk perniagaan ni. Saya masih belajar dalam bisnes ini sebab tu saya takut nak buat pinjaman, Sekurang-kurangnya jika perniagaan tidak berjalan lancar saya tidak berhutang," katanya.

Klik untuk gambar besar



Biarpun masih kekurangan pelanggan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Hafiz percaya ia bukan satu alasan untuk dia berputus asa. Hafiz berkata, dia juga sudah merancang strategi sebagai usaha bagi menarik pelanggan ke klinik berkenaan.

"Saya, memang ada terfikir nak tunggu keadaan okay baru nak buka klinik tapi saya dah setkan strategi, kena usaha dulu dan tak nak berikan alasan.

"Sebenarnya saya risau juga buka klinik time PKP ini, ini adalah pelaburan yang sangat besar. Saya yakin insyaAllah akan survive bergantung kepada rezeki.

"Alhamdulillah masih dibenarkan beroperasi sebab termasuk dalam kategori essential service tapi dengan jumlah pelanggan yang terhad, " jelasnya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: