07 July 2021

NELYDIA KONGSI FOTO MASA KECIL SEMPENA HARI LAHIR UQASHA



"Happy birthday Usha! So many memories we have made together and I cherish every moment I get to spend with you! You're the best sister anyone could ever have, greatest friend anyone could ever ask for.

"I am beyond lucky to have you as my sister, thank you selalu manjakan b walaupun I know kadang2 sha menyampah nak layankan hahaha. But sorry you're stuck with me forever.

"May Allah protect you always and shower His blessings dunia akhirat. Love you so much Sha! Banyak lagi nak cakap tapi panjang sgt nanti, wait for my message ok.

"Btw if u wanna see how my sister looked like 19 years ago, make sure u swipe most left!" demikian tulis pelakon Nelydia Senrose yang menitipkan dedikasi istimewa bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-29 kakaknya yang juga pelakon, Uqasha Senrose, semalam.

Klik untuk gambar besar



Berkongsikan foto masa kecil mereka berdua yang pastinya menggamit memori, Nelydia menerusi ruangan kapsyen di laman Instagram mendedahkan dia bertuah kerana mempunyai kakak sebaik Uqasha.

Hantaran yang setakat ini menerima lebih 65,000 tanda suka turut dihujani dengan ucapan selamat hari jadi buat kekasih hati pelakon Kamal Adli itu. Malah Uqasha juga dilihat turut memberikan reaksi terhadap entri berkenaan.

"Hahaha B, pic last tu kan baru kena marah dengan mama. Hahaha i love you B so much," respon Uqasha sambil disusuli emoji berbentuk hati.














         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: