07 July 2021

BILA ROZITA 'AJAR' VIDA: "BUKAN ISU RAKYAT MALAS KERJA..!! DULU TAKDA COVID....."



"Dato Vida " janganlah gunakan alasan PKP pendapatan terjejas sampai nak beli Pampers anak pun tak boleh - usaha " - Sy minta maaf dulu pd datuk Vida apa sy ulas ni adalah baik2 belaka utk semua orang

"Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat Malas kerja ..!! Kalau dulu xda COvid mana ada org kebar bendera putih nak minta makanan ..!! Byk lagi pemalas jahat penipu besar tak pakai bendera putih pun, itu lagi mencuri malas yg lebih jahat - menakutkan ,dibenci oleh negara

"Sy pernah lalui kemiskinan tp bukan dlm Covid - Tak semua org miskin meminta2 ..!! ayat malas xsesuai digunakan dlm rakyat stress - kita simpati kita kena ada sensitivity sbb manusia sekarang sgt teruk perasaannya- posting berhati2 utk menjaga perasaan hati semua orang " rakyat tolong rakyat - kami x nak ada yg kelaparan & bunuh diri ..!!

"Org bersimpanan RM byk ada sikit % je, klu lama mana pun xboleh bertahan - Covid ni xtau lama mana lagi. Lihat saja berapa byk company besar bankruptcy- berapa byk hilang kerja & bercerai sbb Covid - Dlm isu sekarng kita jgn salahkan sesiapa pun ..!! Kita semua dah cukup tertekan - kita semua usaha nak membantu kurangkan tekanan.

Klik untuk gambar besar



"LOGIKNYA tak da org suka naikan bendera putih - sy tengok pun sedih dan sy tak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sbb rakyat kita bukan jenis meminta minta

"Semua org nak kerja - xharap duit kerajaan ..!! Kita nak kehidupan bebas dulu - Kita semua dh usaha mcm2 - kalau dah Kawat besi - saman sana sini - Viral langgar SOP - sedangkan anak rumah lapar itu tekanan besar pd Kami - belum lagi sakit risau ,rindu mak ayah tua dikampung

"Bonda respect Dato Vida juga sbb niat dia bagus nak kasi motivasi pd rakyat Msia yg mana niat dia baik sangat - tetapi rakyat kita xperlu motivasi begitu saat begini - mereka lagi down nanti

"Mereka dlm gelora & down , jgn kita tambah kepedihan mereka - Kita org tua Dato Vida, byk pengalaman suka duka. Too long pulak bonda taip - sambung bawah lah," demikianlah kata usahawan, Rozita Ibrahim yang menyifatkan situasi ekonomi yang dihadapi segelintir individu tidak sama dengan masalah sebelum ketiadaan wabak Covid-19.



Sebelum ini, nama usahawan kosmetik Datuk Seri Vida (DSV) menjadi perhatian berhubung reaksinya terhadap sikap sesetengah pihak yang didakwa malas, mengharapkan bantuan tanpa usaha semata-mata.

Warganet memberikan pelbagai pandangan, termasuk ibu kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang menyifatkan situasi ekonomi yang dihadapi segelintir individu tidak sama dengan masalah sebelum ketiadaan wabak Covid-19.

Rozita atau sinonim dengan sapaan Bonda Rozita bagaimanapun turut menasihatkan orang ramai untuk menjaga sensitiviti dan hormat antara satu sama lain agar tidak menyinggung perasaan orang lain.

Malah, Rozita berpendapat secara logik, tiada siapa yang akan suka-suka menaikkan bendera putih dan pada fasa sekarang, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa. Dalam pada itu, Rozita memuji tindakan Vida yang mahu memberikan kata semangat kepada orang ramai untuk sentiasa berusaha.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: