07 July 2021

CIK B & KACAK BANTU GOLONGAN TERJEJAS GUNA DUIT SENDIRI - DATUK VIDA LUAH BANGGA



Menerusi perkongsian di laman Instagram, usahawan dan pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida telah meluahkan rasa bangga apabila anaknya, Cik B serta adiknya, Kacak peka dengan situasi semasa dengan tampil menghulurkan sumbangan kepada golongan yang terjejas sepanjang fasa pandemik Covid-19.

Datuk Seri Vida yang turut sama teruja atas inisiatif yang dilakukan itu mendedahkan anak-anaknya itu menggunakan wang sendiri bagi menyumbangkan bantuan berupa barangan keperluan harian.

"The happiest face I have seen ever. Cik B pergi beli barang untuk sumbangan. Cik B memang minta kebenaran nak pergi membeli. Katanya Cik B pergi beli barang sumbangan, nak beli pakai duit Cik B, Cik B nak minta keluar," katanya menerusi video yang dikongsi di Instagram Cik B.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, dia akan berusaha untuk menjejaki kediaman yang meletakkan bendera putih bagi tujuan tersebut.

Klik untuk gambar besar



"Cari bendera putih, InsyaAllah ada di sekitar Ipoh. Ini sedikit sebanyak yang mampu Cik B bagi," jelas Cik B yang kini bergelar seorang penyanyi dan pelakon.

Datuk Seri Vida pada masa sama turut berdoa agar usaha kedua anaknya itu dipermudahkan: "Saya tak pernah tengok Cik B gembira macam ni. Sebenarnya memberi inilah kegembiraan Cik B.

"Kalau boleh barang-barang dia yang bernilai nak jual dan beri sumbangan. Sabar dulu Cik B, kita beri biar sampai ke tangan mereka yang memerlukan. Doakan Cik B mudah untuk penuhi cita-citanya seperti ini ya, membantu mereka yang memerlukan di luar sana," ujarnya.



Sementara itu menerusi satu entri di Instagram miliknya pula, Datuk Seri Vida ada memuat naik video sama sambil menyatakan rasa bangga terhadap usaha Cik B dan Kacak.

"Alhamdulillah... Dah lama @cikb_havoc66 & @kacak_._ berniat & berhasrat bg BANTUAN utk mereka yang memerlukan spnjng PKP NI. Hari ini tercapai jugak apa yang ANAK ANAK MAMA inginkan.

"Ni yang lebih dapat buat mereka HAPPY sebenarnya. Keluar sendiri beli sendiri & guna duit sendiri untuk beli barang barang bantuan. SEMOGA BERTERUSAN NIAT YANG BAIK NI. MAMA BANGGA DENGAN ANAK ANAK MAMA," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Sehingga kini, video yang dikongsi pada Selasa itu sudah pun ditonton lebih 100,000 kali. Rata-rata warganet turut sama mendoakan agar usaha mereka dipermudahkan selain memuji keprihatian dua remaja berkenaan.









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: