07 July 2021

AL-FATIHAH - DATUK SARI YANTI KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Telah pulang ke Rahmat Allah atok kesayangan saya Hj Mohd Nor bin Abd Hamid. Anti sayang Atok. Putus sudah kasih sayang kita di dunia bertemu hendaknya kita di Syurga nanti. Amin Allahumma Amin.

"Tolong doakan atok Sari ditempatkan dikalangan para solihin. Allahummaghfirlahu warhamhu wa'aafihi wa'fu'anhu," tulis pelakon Sari Yanti yang memaklumkan khabar duka dimana datuknya, Haji Mohd Nor Abd Hamid telah meninggal dunia, semalam.

Isteri kepada Jep Sepahtu itu turut berkongsi beberapa keping foto kenangan bersama arwah menerusi hantaran terkini di akaun Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Pada masa sama, Sari atau nama penuhnya Sari Yanti Mohamad Nazari mendoakan agar arwah datuknya di tempatkan di kalangan orang yang beriman.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat turut sama mengucapkan salam takziah dan sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: