06 July 2021

"ESOK NAK ADA BABY, LAGI BANYAK JARUM..." - PESAN NETIZEN PADA RISTEENA



"Alhamdulillah we did it! @theisakhan. Waiting for our second dose soon, InsyaAllah," kata pelakon Nur Risteena apabila dia suaminya, pelakon Isa Khan telah pun selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Isnin.

Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim Zainul Ilyas, 31, telah berkongsi sebuah video dimana ia memaparkan momen dirinya menerima suntikan vaksin, menerusi laman Instagram miliknya.

Melihat pada video tersebut, Risteena pada mulannya kelihatan seperti takut dengan jarum, namun kembali ceria apabila suntikan yang diterimanya itu tidak menyakitkan.

Di samping itu juga, isteri kepada pelakon Isa Khan ini juga turut memohon pengikutnya untuk segera mendaftar bagi mendapatkan vaksin.

Klik untuk gambar besar



"BELUM CUCUK LAGI DAH SAKIT SAKIT SAKIT!!! PROPA JE. Seriously, tak sakit langsung. Alhamdulillah Ris dan suami dah selesai our first vaccine YAY!! Tak sabar for our second vaccine.

"For those yang belum register, cepat register okey! Siapa yang belum dapat date tu, sabar. Insyaallah tak lama lagi tu. GoodLuck semua," tulis Risteena di ruangan kapsyen video berkenaan.

Sementara itu, di ruangan komen pula, ramai wargamaya terhibur melihat aksi gementar Risteena sewaktu berdepan jarum suntikan tersebut.



"Ek eleh, cucuk pun takut," tulis adikn kepada Risteena iaitu pelakon Ruhainies.

"Kena biasakan diri cucuk cucuk ni. Esok nak ada baby, lagi banyak jarum nak kena cucuk kat badan," pesan seorang wargamaya.

"Pergh aku yang ngilu tengok jarum masuk - "Perkongsian yang bagus. Kita sama, berdebar tak tentu pasal mikir sakit. Tapi you cakap tak sakit kan. I trust you - "First time cucuk memang sakit. Kalau dah biasa, tak sakit dah," antara komen-komen pengikut Risteena.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 150,000 tontonan. Untuk makluman, Risteena bernikah dengan Isa pada 12 Mac lalu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: