06 July 2021

KAMAL ADLI: "HAPPY BIRTHDAY TO MY SPECIAL GIRL... TAK LAMA LAGI DAH TAK SINGLE OKKK!!"



"Happy birthday to my special girl @uqashasenrose2.. Sy taw how awak sad sebab pkpd jatuh bday awk.. Maafkan sy jauhh pulak this year seberang daerah.. Apa pun semoga Allah panjangkan umur.. murah rezeki, di permudahkan segala urusan termasuk urusan kita semoga di kurniakan kesihatan berpanjangan, di makbulkan segala doa..

"Ur strong girl.. tabah kuat dan cergas (mcm iklan susu pulak) Insyaallah yang baik2 je sy doakan untuk awak ya! Still young still banyak lagi untuk di capai Insyaallah.. Tak lama lagi dah tak single okkk!! Stay cantik n always cantik punnnn..

"Ya Allah kau lindungilah diaa dan peliharahlah dia sebaiknya amin I ❤️ U soo much cik tunang," tulis pelakon Kamal Adli yang menitipkan ucapan istimewa buat tunangnya yang juga merupakan pelakon, Uqasha Senrose, sempena ulang tahun yang ke-29.

Klik untuk gambar besar



Dalam ucapannya itu, Kamal turut membuat permohonan maaf kerana tidak dapat berada disamping Uqasha sewaktu hari lahirnya memandang negera ketika ini sedang berada didalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (3.0).

Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama 'Scammer' itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram. Dalam pada itu, Kamal turut memanjatkan doa semoga segala yang dihajati oleh Uqasha akan sentiasa dimakbulkan tuhan. Malah, Kamal juga berasa amat teruja kerana mereka dikatakan bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji ucapan istimewa tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Kamal dan Uqasya ke jinjang pelamin akan sentiasa dipermudahkan.



"Wow, sweer gila Kamal. InsyaAllah tak lama lagi tu. - "Tak sabar nak tengok depa naik pelamin. - "Dia punya sweet macam dalam drama juga.

"So sweet. Semoga berkekalan hingga ke jannah. InsyaAllah Ameen. Happy birthday princess," antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Terdahulu, Kamal dan Uqasha telah pun mengikat tali pertungan mereka pada tanggal 4 April yang lalu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: