06 July 2021

ATU & ISTERI HENTI BANTUAN PPE - KINI KUMPUL DANA URUS JENAZAH KELUARGA SUSAH



"Sebelum ni kami gunakan simpanan peribadi kami untuk projek PPE dengan harapan virus akan memulih secepat mungkin. Jadi bila sekarang nak teruskan bantuan lagi kali ni dah tak ada duit lebih. Simpanan yang ada hanya cukup untuk kami sekeluarga sahaja.

"Sekarang fikir nak survive dikala PKP, Atu pun job tak boleh nak buat, shooting pun masih tak dibenarkan," itulah kata isteri kepada pelawak Atu Zero iaitu Shafeeqa Johari yang memaklumkan mereka terpaksa berhenti memberi sumbangan berikutan wang simpanan yang semakin susut selepas sering ditanya tentang bantuan.

Shafeeqa, 34, berkata, keadaan kewangan mereka hanya untuk perbelanjaan keluarga berikutan suaminya sudah dua bulan tidak bekerja disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Atu dan isterinya aktif menghulurkan bantuan dalam menyediakan Pakaian Perlindungan Peribadi (PPE) kepada petugas barisan hadapan. Biarpun tidak aktif memberi sumbangan, mereka masih lagi prihatin dalam mengumpul dana membantu keluarga yang tidak mampu menguruskan jenazah.

"Sementara tunggu Atu dapat kerja... sambil-sambil kami bagi bantuan uruskan jenazah untuk masyarakat di Kudat, Sabah. Kami usaha mengumpul dana membeli kit jenazah seperti kain kapan dan sebagainya. Maklumlah, kat sana bukan semua ada kad pengenalan yang boleh tuntut bantuan dari kerajaan," ujarnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: