26 July 2021

AL-FATIHAH - ADIK BONGSU PENYANYI RYAN DEEDAT KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 8.15 pagi, hari ini, adik bongsu kepada penyanyi Ryan Deedat iaitu Sharifah Nur Intan Sheifeeka Nasir, 25, telah menghembuskan nafas terakhir akibat kanser otak di Hospital Kuala Lumpur. Berita pemergian adik tersayang disahkan oleh Ryan.

"Selama lebih dua bulan bertarung nyawa, namun Allah lebih menyayanginya. Sebelum ini, arwah kritikal dan diletakkan di wad kecemasan selepas menjalani pembedahan kanser otak.

"Saya akui, tidak pernah terbayang adik akan pergi buat selama-lamanya, namun reda atas pemergiannya. Sudah berakhir deritanya di dunia. Ujian calitan ke atas jenazah juga mendapati arwah bebas COVID-19," katanya yang mempunyai 11 adik-beradik.

Ryan atau nama sebenarnya, Sheikh Eamir Deedat memaklumkan, arwah adalah adiknya berbakti kepada ibu yang menghidap strok selama ini.

Klik untuk gambar besar



"Jika saya sibuk bekerja, arwah banyak membantu saya menguruskan ibu. Arwah adalah anak yang baik dan berjasa dengan orang tua. Lebih menyedihkan, arwah baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan mendapat kepujian kelas pertama 3.75.

"Saya mengharapkan arwah sempat merasai fasa bekerja. Arwah teruja mahu mencari rezeki dengan bekerja dalam bidang yang disukai. Namun, apakan daya, Allah lebih menyayanginya," ujarnya.

Jenazah Allahyarham Sharifah Nur Intan Sheifeeka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al-Khairiyah, Taman Sri Gombak, jam 4.15 petang, hari ini.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: