26 July 2021

ISTERI EZAD LAZIM: "TANYALAH KHABAR KAMI... SEGAN NAK MINTA TOLONG ORANG"



"I love you B. Kuatkan Semangat. Anak2 perlukan Kita. Sikit lagi sihat la tu. Dont worry. Semoga saya juga Tabah. Tahun ini dugaan Kami mcm ni pulak. Sy kan #superwoman. Cuma tanyalah khabar Kami. Hehe. Sebab saya ni jenis segan nak Minta tolong orang. Cepatlah sihat. Nanti dgn sapa syg nk bergaduh.. huwaaaa...

"PKP PKP letih Kami. Sy nak bekerja Cari rezeki. Tanggungjawab Rasa berat nya. Dgn anak kelas online. Sy nk buat apa2 terbatas. Mereka memerlukan saya. Org mmg nampak saya kuat. Sb sy mmg mcm ni. Hakikatnya sy juga perlukan Bahu orang juga. Skrg adik beradik pun tk dpt melawat. Atlest Semangat Tu Ada kan.

"Doakan yg baik2. Kerajaan tolonglah buat sesuatu. Rakyat teramat susah ni. Yg bekerja makan gaji Hari ni letih nk hadap mcm ni," kata isteri kepada penyanyi Ezad Lazim, Zeana Ramli yang meluahkan perasaan mengenai dugaan menimpa suaminya menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Zeana, dia berharap sesiapa mengenali suaminya dapat bertanya khabar selain mengakui segan meminta pertolongan. Menerusi hantaran tersebut, Zeana juga berkongsi mengenai dugaan berat yang berlaku dalam situasi pandemik seperti sekarang.

Dalam hantaran sama, Zeana turut berkongsi video pendek menunjukkan suaminya yang terlantar di katil hospital. Ezad sebelum itu dikejarkan ke hospital selepas diserang gastrik kronik dan selamat menjalani pembedahan pada 22 Julai lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: