"Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Bapak saya yang tercinta baru sahaja meninggal dunia. Ya Allah beratnya rasa ujian ini. I love you bapak. Bapak pergi dulu. Nanti Ebit sampai yer. Ya Allah ampunilah bapak. Sayangilah beliau, rahmatilah beliau, hadiahkan syurga Firdaus untuk beliau. Ya Allah temukanlah bapak dengan mak dekat sana. Letakkanlah mereka bersama. Ya Allah,inilah ayahku yang sangat baik. Terima kasih pinjamkan dirinya untukku.
"Saya dalam perjalanan ke Gleanagle Hospital untuk bawa jenazah ayah untuk dimandikan di Masjid Bandar Baru Ampang. Kemudian terus bawa ke Muadzam Shah Pahang. Pohon doakan buat ayah saya dan hadiahkan AlFatihah..," tulis pendakwah yang disenangi, Ustaz Ebit Lew yang memaklumkan bapanya telah menghembuskan nafas terakhir hari ini diusia 84 tahun.
Berita duka tersebut dikongsikan Ustaz Ebit menerusi laman Instagram miliknya. Sebelum ini, Ustaz Ebit memaklumkan kesihatan bapanya semakin merosot selepas disahkan menghidap kanser perut tahap akhir.
Takziah kami ucapkan kepada Ustaz Ebit dan semoga roh bapanya ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Klik untuk gambar besar
No comments:
Post a Comment