12 July 2021

"AMBIL GAMBAR KEMUDIAN UPLOAD, YOU'RE OUT OF THE TEAM" - ALTIMET



"Hari ini kita akan teruskan lagi misi kita. Setiap seorang satu kereta. Anda hendaklah bergerak mengikut kawasan yang telah ditetapkan. Tolong ikut SOP dan pakai glove. Sekali lagi diingatkan jangak ambil gambar siapa-siapa. Sesiapa yang ambil gambar kemudian upload di media sosial anda akan dikeluarkan daripada pasukan ini.

"Tolong jangan pandang rendah kepada mereka ini. Mereka adalah jiran-jiran kita. Dugaan seperti ini juga boleh berlaku kepada kita," itulah kata penyanyi rap, Altimet yang mendedahkan dirinya telah meletakkan syarat tegas kepada mereka yang ingin menyertai pasukannya untuk menghulurkan bantuan buat mereka yang terjejas pendapatannya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 ini.

Jelas Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, selain daripada mematuhi segala prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan, mereka juga hendaklah memastikan misi ini dijalankan tanpa melibatkan sebarang aktiviti bargambar atau merakam video.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu 'Bunga' itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram. Dalam pada itu, Altimet turut mengingatkan para ahli pasukannya untuk tidak memandang rendah terhadap mereka yang memerlukan bantuan kerana menyifatkan dugaan sebegini juga mampu terjadi kepada diri kita sendiri.

Klik untuk gambar besar



Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan cara yang ditunjukkan oleh Altimet selain turut menitipkan doa semoga segala urusannya dipermudahkan.

"Steady bang. Bagi bantuan takde nak tunjuk-tunjuk relax je. Sekarang ramai orang yang bagi bantuan mesti nak post and amek gambar. Respect bro Altimet dan team.

"Kerja yang sangat mulia. Semoga Allah memberkati kerja amal kamu semua. Alhamdulillah, ada juga yang macam ni. Syukur respect salute," antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: