13 July 2021

TAMPIL MINTA MAAF - VIDA AKUI TIADA NIAT LUKAKAN HATI



"Dengan apa penerangan saya, diharap jika terkasar bahasa, terkeliru atau terasa dengan apa yang saya cakap, saya minta maaf banyak-banyak. Saya tidak bermaksud sekali pun untuk menyakitkan hati you all. Saya minta maaf ya. Tolong sampaikan kepada mereka yang terasa. Saya tak bermaksud untuk bak bagi you all terasa, sakit hati, berbalah sesama you all.

"Saya nak ucapkan salam permulaan hidup, normal baru," kata pengasas kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi akaun media sosial miliknya selepas pandangannya terhadap kempen bendera putih telah disalah erti hingga menimbulkan kontroversi.

Di dalam video secara langsung itu, Vida menegaskan dia tidak berniat langsung untuk melukakan hati mana-mana pihak. Vida antara lain turut melakukan inisiatif dengan memulakan kempen peraduan #usahajanganmalas dan meminta pengikutnya di media sosial menghantar video kreatif menggunakan hashtag berkenaan.

Pemenang bakal menerima hadiah berupa wang tunai yang akan diumumkan pada 17 Julai depan. Menerusi video sama, Vida turut berhasrat melakukan infaq berbentuk senaskhah al-quran kepada mana-mana individu yang membeli set wangian keluarannya.

Klik untuk gambar besar








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: