20 July 2021

AMEERA KHAN MOHON DOA, SETIAP HARI CUBA JADI LEBIH BAIK



"Saya terima (kritikan) dengan hati terbuka dan tolong doakan saya untuk jadi manusia lebih baik. Saya berubah secara perlahan-lahan. Saya tidak kisah dengan apa yang orang hendak cakap kerana saya lebih tahu siapa diri saya. Setiap hari saya cuba menjadi orang yang lebih baik daripada semalam," demikian kata adik kepada Noor Neelofa, Ameera Khan.

Baru-baru ini, Ameera dikecam netizen apabila memuat naik fotonya berpakaian ketat dan berhijab di laman Instagram. Menerima kritikan secara terbuka, Ameera berkata setiap hari dia cuba menjadi insan lebih baik dan meminta untuk mendoakan dirinya.

Ameera sebelum ini pernah berhijab, namun membuat keputusan untuk membuka tudung. Bagaimanapun Ameera kembali berhijab sehari sebelum majlis pernikahan kakaknya, Neelofa dan PU Riz.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: