20 July 2021

"INI PERJALANAN SUKAR DALAM HIDUP SAYA" - CAPRICE TERUSKAN MISI SEORANG DIRI



"Baru habis packing, saya nak beritahu bahawa saya akan teruskan misi seorang diri. Semua orang sudah pulang ke Malaysia tapi saya memilih untuk lengkapkan misi, InsyaAllah. Ini adalah antara perjalanan yang sukar dalam hidup saya, selama kita berjuang, berjihad dan beribadah.

"Tapi saya benar-benar percaya tentang hikmah, saya percaya ada alasan terhadap semua yang berlaku. Saya nak ucapkan terima kasih kepada Rumah Pahang di Cairo untuk selama tiga minggu ini. Saya amat hargai dan insyaAllah satu hari nanti saya akan buktikan my point, I will see you when I see you Malaysia.

"Sekali lagi saya minta maaf kepada siapa sahaja yang saya lukakan, kecewakan... saya minta maaf. InsyaAllah saya akan banggakan kalian, demi ummah, demi Malaysia," kata penyanyi rap Caprice menerusi beberapa klip video di Instastory pada pagi Selasa.

Genggam bara api biar sampai jadi arang! Mungkin itu menjadi prinsip pegangan Caprice untuk meneruskan misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin yang masih belum sempurna.

Pada pagi Hari Raya Aidiladha, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, memberi gambaran bahawa dia berkemungkinan tidak akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat. Bagaimanapun dia tidak menyatakan lokasi yang bakal ditujunya nanti.

Pada Isnin, Caprice tampil memohon maaf kepada beberapa pihak termasuk pendakwah popular, Ebit Lew kerana beberapa tindakannya sebelum ini yang dibuat mengikut emosi.

Mengulas lanjut tentang keputusannya untuk tidak terus pulang ke Malaysia, Caprice yang kini berada di Cairo, Mesir berkata dia percaya setiap yang berlaku mempunyai hikmah tertentu. Tambah Caprice, dia juga yakin satu hari nanti orang ramai akan faham tentang isu yang cuba disampaikan pada ketika ini.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: