20 July 2021

MAN KIDAL & ISTERI DISAHKAN POSITIF COVID-19



Nampaknya sambutan Hari Raya Aidiladha pemain gitar legenda Man Kidal kali ini disambut dengan penuh rasa duka apabila dia dan isterinya, Norlaila Yusof disahkan positif Covid-19.

Menurut anak kepada pemuzik tersebut, Nur Syahira Rahman, 25, ibu bapanya kini sedang menjalani kuarantin di rumah mereka di Damansara, Selangor.

"Mulanya minggu lepas mama demam dan batuk selama dua hari, jadi pada hari ketiga saya minta mama buat swab test dan keputusannya positif. Kerana dua orang anak saudara saya tinggal dalam rumah yang sama dengan papa dan mama, mereka juga buat swab test dan Alhamdulillah keputusan mereka negatif," katanya.

Tambah Nur Syahira, beberapa hari selepas itu bapanya pula mengalami gejala Covid-19 dan segera melakukan ujian swab test pada Isnin: "Papa saya sudah mula demam panas yang agak teruk sehingga menggigil dan hilang selera makan," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Menceritakan tentang keadaan kesihatan kedua-dua ibu bapanya yang berusia 57 tahun itu, Nur Syahira berkata mereka masih belum stabil. Bagaimanapun mereka masih menunggu arahan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) jika Man atau Abdul Rahman Mahmood perlu menerima rawatan lanjut di pusat kuarantin.

Dalam pada itu, Nur Syahira berkata perniagaan menjual kuih tart secara kecil-kecilan yang diusahakan bersama ibunya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu terpaksa dihentikan buat seketika.

"Sekarang ni kami adik beradik tolong mana yang mampu. Alhamdulillah ada juga rakan artis yang bantu hantarkan makanan kepada mama dan papa. Saya cuma minta kepada peminat papa untuk mendoakan supaya mama dan papa cepat sembuh daripada Covid-19," jelasnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: