11 July 2021

"ANAK SAYA NI BUTA & AUTISME... MUDAH MESRA" - FENDY JAWAB ISU RINA SUAP ANAK TERIMA KECAMAN



"Anak saya ni buta dan autisme... dia ni mudah mesra dengan orang. YB Rina hanya menyantuni anak saya dan bagi saya tak ada salah pun. Dia sendiri minta disuapkan makanan tu untuknya... budak autisme ni lain tau. Apabila dia selesa dengan orang dia nak macam-macam.

"Jadi kita tak boleh harapkan dia faham seperti mana kita faham, " demikianlah penjelasan anggota Caliph Buskers, Fendy Adlun berhubung tindakan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun menyuap makanan secara sentuh terus kepada anak perempuannya iaitu Nur Azalea Zafirah, 6, yang juga merupakan seorang kanak-kanak istimewa.

Sifat ramah yang ditonjolkan Rina Harun ketika mengunjungi kediaman Fendy baru-baru ini dikecam netizen selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Fendy berkata dia berharap orang ramai memahami situasi anaknya yang mengalami masalah autisme serta cacat penglihatan.

Foto Rina menyuap makanan kepada kanak-kanak itu kecoh diperkatakan di media sosial kerana tindakan itu boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan khususnya jangkitan virus Covid-19.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Fendy yang juga pemain dram Caliph Busker itu menerima kunjungan Rina dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ke kediamannya di Sentul, Kuala Lumpur secara berasingan.

Ia susulan video yang dimuat naik Fendy di Facebook bertujuan meminta bantuan rumah mampu milik di sekitar Kuala Lumpur daripada pihak berwajib. Malah kanak-kanak berkenaan mahu segala permintaannya dipenuhi terutama jika dia berasa selesa dengan individu yang ditemuinya.

"Kalau kanak-kanak normal senang nak explain, tapi anak saya ni lain... kena layan dia dan meraikan dia. Sekiranya apa yang dia nak tu tak dapat, dia akan mengamuk tapi dalam keadaan yang terkawal," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: