11 July 2021

TIADA LAYANAN VVIP - NIA RAMADHANI MENANGIS MOHON MAAF AMBIL SYABU



"Dengan kerendahan hati saya memohon maaf perbuatan ini kepada semua pihak khususnya keluarga, sahabat yang sudah menaruh kepercayaan kepada saya. Saya Nia Ramadhani Bakrie mengaku bahawa apa yang saya lakukan tidak sepatutnya menjadi contoh yang baik kepada orang awam.

"Saya seharusnya memberikan contoh yang baik untuk anak dan orang-orang di sekeliling saya," ujar bintang terkenal Indonesia, Nia Ramadhani yang memohon maaf sambil menangis di hadapan media.

Menerusi sidang media, Nia, 31, dan suami, Ardi Bakrie tampil memohon maaf dan akui menyesal dengan perbuatan yang dilakukannya berhubung isu penyalahgunaan dadah.

Susulan siasatan ke atas pelakon tersebut dan suaminya berhubung dakwaan mengambil dadah jenis syabu sejak lima bulan lalu, Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Hengki Haryadi berkata tiada unsur pilih kasih dalam mengendalikan kes berkenaan.

"Perlu dijelaskan bahawa tidak wujud diskriminasi terhadap sesiapa... tunggu siasatan selesai," jelasnya.

Klik untuk gambar besar



Hengki menepis isu yang berlegar-legar dalam kalangan masyarakat apabila pasangan suami isteri itu menerima layanan istimewa. Salah satu yang menjadi pertikaian adalah ketidakhadiran mereka selaku suspek ketika pertama kali kes ini umumkan kepada umum.

Terdahulu, Nia yang popular dengan watak Bawang Merah dalam sinetron 'Bawang Merah Bawang Putih' itu ditahan bersama pemandu peribadinya pada 7 Julai lalu dengan syabu seberat 0.78 gram turut ditemui.

Suaminya, ardi atau nama sebenarnya Ardiansyah Bakrie turut menyerah diri sejurus Nia ditahan polis dan mengakui sudah lama menghisap syabu secara haram di kediaman mereka.

Mereka didakwa melanggar Pasal 127 Undang-Undang Nombor 35 Tahun 2009 bahagian Narkotik, dengan hukuman maksimum empat tahun penjara.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: