25 July 2021

ASHIRA MOHON DOA BAPA, IBU TIRI POSITIF COVID-19



Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi Ashira Aziz memaklumkan berita sedih dimana bapa dan ibu tirinya yang dipanggil Mak Norma, disahkan positif Covid-19.

Dalam hantaran dibuatnya itu, Ashira menjelaskan ibu tiri telah mengalami muntah dan sesak nafas dan terpaksa dihantar sendiri oleh bapanya ke Hospital Selayang, malam semalam. Ashira juga memaklumkan bahawa bapanya berada dalam keadaan sihat meskipun turut dijangkiti wabak berkenaan.

"Ibu tiri saya dah dibawa ke Hospital Selayang. Dia muntah-muntah, sesak nafas malam tadi. Abah hubungi ambulans, tapi mereka tak dapat datang. Abah yang terpaksa bawa Mak Norma jumpa doktor," tulisnya.

Klik untuk gambar besar



"Berjam-jam abah tunggu dalam kereta. Abah kuat. Abah kata, abah sihat lagi. Doakan Mak Norma Ariffin diberi kesembuhan sepenuhnya dan juga buat abah, Syed Abdul Aziz Syed Alwi," tulisnya.

Terdahulu, Ashira memuat naik hantaran mengesahkan bapa dan ibu tirinya kini positif Covid-19: "Mohon doa semua. Abah dengan Mak Norma dua-dua positif tahap dua," tulisnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: