25 July 2021

"PLEASE DON'T EXPECT ME TO BE BETTER THAN OTHERS... I'M SIGNING IN" - NABILA HUDA



"Bismillahirrahmanirrahim.. 25 July 2021, Hari ini dalam sejarah abil keluar dari comfort zone dalam kerjaya abil. Bermula lah perjalanan hidup dan tanggungjawab baru untuk menyambung legasi program hiburan yang sensasi, penuh kontroversi No. 1 di Malaysia.

"It was an exceptional honor to be part of this team. Segala puji bagi Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepadaku.. Syukur Alhamdulillah! This is my debut as a solo host and I hope you guys bagi peluang untuk abil explore my new journey.. Abil perlukan sokongan korang sebab since day 1 Abil dalam industry ni, you guys been supporting me, criticize me, loving me, hating me and nevertheless you guys are family to me.

"Apa kelainan yang abil akan buat? Nothing much, I'm just being me, your most favourite person, Nabila Huda! Jujur cakap, I'm still new. Kalau ada kekurangan maafkan saya. Please don't expect me to be better than others, but... expect the unexpected. I might not be the best, but I'll give you my very best.. Let's enjoy this new journey together Malaysia!

"Tingkatkan prestasi, Kurangkan kontroversi, Berdiri di atas bakat sendiri. Assalamualaikum. Mic check! Saya NABILA HUDA... I'm signing in. @meloditv3 @dior #DiorMY," demikianlah kata pelakon Nabila Huda menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Desas-desus Nabila sebagai pangacara Melodi baharu menggantikan Awal Ashaari dan Janna Nick terjawab selepas program hiburan itu mengumumkan secara rasmi pada Ahad. Dalam entri tersebut, Nabila meluahkan rasa syukur dan menganggap ia sebagai cabaran untuknya keluar daripada zon selesa.

Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 37, berkata, dia akan cuba membawakan program tersebut dengan cara sendiri. Pelakon filem 'Munafik' ini juga berharap penonton memberi peluang dan menyokong perjalanan pertamanya sebagai pengacara. Nabila Huda akan mula bersiaran dalam rancangan hiburan Melodi di TV3 pada Ahad depan.

Terdahulu pada program tersebut, Awal dan Janna turut mengucapkan selamat tinggal dan mengundurkan diri secara rasmi daripada program berkenaan. Awal berkhidmat sebagai pengacara Melodi selama lapan tahun bermula pada 2012. Manakala, Janna Nick pula mula mengacarakan program itu pada 2018.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: