25 July 2021

SAMBUT BIRTHDAY HARI INI - CAPRICE AKUI TAK PERNAH RASA KESUNYIAN SEPERTI INI



"Ini adalah hari yang paling sukar dalam hidup saya. Ini juga kali pertama kita beribadah dan berhijrah seorang diri di negara orang. Saya tidak pernah rasa kesunyian seperti ini... tapi rasa begitu dekat dengan Allah dalam tempoh lima hari sebelum ini," katanya menerusi muat naik di Instagram pada Ahad.

"Alhamdulillah atas segala yang sudah berlaku, InsyaAllah satu hari nanti semua ini akan menjadi logik kepada anda," itulah tulis penyanyi rap, Caprice apabila terpaksa meraikan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-33 seorang diri hari ini tanpa keluarga atau teman rapat.

Selepas kira-kira 32 hari Caprice meninggalkan Malaysia bagi menyertai misi kemanusiaan ke Gaza di Palestin, penyanyi rap itu kini mula diselubungi perasaan sunyi.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, Caprice dilahirkan pada 25 Julai 1988. Tambah Caprice yang mula mencetuskan kontroversi sejak 16 Julai lalu berhubung cerita belakang tabir membabitkan personaliti dakwah Ebit Lew ketika di Palestin, dia tetap bersyukur dengan apa yang terjadi.

Caprice berangkat seorang diri ke Mesir pada 23 Jun lalu bagi mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin. Bagaimanapun hingga kini dia belum dibenarkan masuk ke wilayah bergolak itu.

Sehingga kini belum dapat dipastikan bila Caprice akan pulang ke tanah air selepas mengumumkan keputusan untuk terus berada di sana dan meneruskan misi seorang diri pada 20 Julai lalu. Nama Caprice terus hangat menjadi bualan ramai selepas Ebit melakukan sidang media bagi menjelaskan pelbagai tuduhan pada Khamis lalu.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: