25 July 2021

SITI NORDIANA BERI 48 JAM UNTUK PERMOHONAN MAAF ATAU BERDEPAN SAMAN



"Laporan polis ini berbentuk satu penafian untuk melindungi Nana daripada menjadi mangsa tohmahan dan fitnah. Pihak kami masih lagi berbincang mengenai notis tuntutan maaf dan akan dihantar kepada lima individu terbabit pada hari Isnin minggu hadapan. Menerusi notis itu juga, kelima-lima individu terbabit juga diberi tempoh selama 48 jam untuk mengemukakan permohonan maaf kepada Nana.

"Menerusi sesi siaran langsung tersebut, memang jelas segala perbualan itu merujuk kepada Nana dan kenyataan berbaur fitnah itu ternyata boleh memberi gambaran buruk kepadanya," kata peguam penyanyi dan pelakon Siti Nordiana, Abang Azlan Abang Ariffin menerusi sesi sidang media khas secara virtual bersama media kelmarin.

Siti Nordiana atau lebih mesra disapa sebagai Nanan memberi tempoh selama 48 jam kepada lima individu termasuk dua selebriti iaitu Lan Solo dan Syura Badron untuk membuat permohonan maaf berhubung tuduhan fitnah dilemparkan kepadanya baru-baru ini.

Menurut Siti Nordiana, berkata, jika mereka gagal berbuat demikian dia tidak teragak-agak untuk memfailkan tuntutan saman. Difahamkan, semalam Siti Nordiana melalui peguamnya juga membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Klik untuk gambar besar



Laporan polis itu dibuat untuk membersihkan namanya daripada tuduhan berunsur fitnah yang boleh menjejaskan nama dan reputasinya sebagai artis.

Tambah Abang Azlan lagi, jika tiada sebarang maklum balas diterima daripada kelima-lima individu tersebut, maka tindakan saman akan diambil ke atas mereka.

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila nama Siti Nordiana disebut-sebut dalam sesi IG Live disertai penyanyi, Lan Solo bersama isterinya, Shiela, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin.

Menerusi sesi live tersebut, Shiela meluahkan rasa tidak puas hati apabila suaminya, Lan Solo dikatakan menumpang populariti Nana hehingga ada pihak produksi enggan menawarkan pekerjaan kepada mereka disebabkan oleh 'mulut' Siti Nordiana.


Sementara itu, Siti Nordiana sebelum ini meluahkan rasa kesal dan terkilan apabila masalah tersebut yang boleh dibincang secara baik dibawa kepada pengetahuan khalayak.

"Saya malas nak ambil tahu sebenarnya. Sebelum ini pun saya sudah dengar ura-ura mengenai diri saya diperkatakan. Saya cuma mahu fokus kepada kerjaya saya.

"Apa yang saya ralat adalah apabila perbincangan itu dibuat menerusi siaran langsung dalam Instagram. Saya tidak pasti kenapa, tapi kalau ada yang tidak puas hati, kenapa perlu dibuat secara siaran langsung?" soalnya.

Disebabkan perkara itu, pelantun lagu 'Cukup Derita' Itu mengakui terkejut dan sedih sehingga perlu mendapatkan nasihat pakar iaitu peguamnya dalam hal tersebut.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: