25 July 2021

FIRDAUS WONG: "ALLAH PILIH DIA (NADIR) JADI WAKIL KITA DI GAZA"



"Selesai program, saya minta Nadir bagi nombor akaun peribadi untuk kami berikan sedikit saguhati kepadanya. Dia menjawab, tak mengapa 'bro, it's okay', nak sumbang, bagi dekat Cinta Gaza Malaysia.

"Dalam hati saya, Allah pilih dia (Nadir) jadi wakil kita di Gaza, moga Allah rahmati dan pelihara kamu, saudaraku Nadir," demikian tulis pendakwah bebas, Firdaus Wong yang menyifatkan Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman sebagai insan terpilih mewakili rakyat Malaysia di Gaza.

Menerusi perkongsian di Twitter, Firdaus berkongsikan perbualannya bersama Nadir dimana beliau mahu memberikan sedikit saguhati kepadanya selepas program Townhall.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun, Nadir menolak wang saguhati berkenaan tetapi meminta untuk menyumbang kepada CGM. Mendengar jawapan tersebut, Firdaus mendoakan semoga Allah merahmati dan memelihara Nadir.

Terdahulu, Nadir memberi penjelasan mengenai soalan diajukan Ustaz Ebit Lew berkenaan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta setahun kepada Presiden Cinta Gaza Malaysia (CGM). Menerusi sesi live Townhall yang diadakan 12 tengah hari tadi, Nadir menafikan menerima sumbangan RM20 juta setiap tahun.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: