25 July 2021

2 MINGGU TAK MUNCUL IG - MAWAR & RAF DEDAH MEREKA SEKELUARGA POSITIF COVID-19



Pasangan selebriti Mawar Rashid dan Raf Yaakob menerusi laman Instagram telah mendedahkan mereka sekeluarga dijangkiti virus Covid-19, selepas dua minggu mendiamkan diri di media sosial.

Bagaimanapun Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 26, berkata, mereka sudah bebas daripada virus itu pada Sabtu selepas dua minggu menjalani kuarantin di rumah.

"Dua minggu lepas berlaku kejadian yang tak disangka iaitu lebih kurang awal bulan Julai apabila Raff jatuh sakit dan tak boleh bangun. Demam panas teruk, sakit dada, Raff buat test dan disahkan positif Covid-19," jelasnya.

Penjelasan itu memberi kelegaan kepada para pengikut Instagram Mawar yang mungkin tertanya-tanya apa yang terjadi kepada mereka sekeluarga dalam tempoh berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Selain Mawar dan Raff, tiga orang anak mereka iaitu Raden Ahmad Rayyan, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta turut dijangkiti virus berkenaan. Selang empat hari kemudian, Mawar pula mengalami demam.

"Selepas anak sulung Ryan positif, Mawar demam dan buat test... keputusan juga positif. Lepas Mawar, Rafael pula positif. Sehari pula baby kami Cinta positif, senang cerita satu keluarga positif," ujarnya lagi.

Bercerita lanjut, Raf atau nama sebenarnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob, 36, berkata dia kurang pasti punca sebenar dijangkiti wabak itu berikutan tidak keluar melainkan ke pasaraya bagi membeli barang keperluan harian. Namun, dia dimaklumkan pasaraya berkenaan kini sudah ditutup sementara berikutan terdapat kes positif dalam kalangan pekerja.



"Apabila ditanya saya memang tak tahu di mana kena, kemungkinan besar dekat groceries, sebab Raff keluar beli barang je. Seminggu selepas saya positif, kedai tu ditutup sebab 15 orang disahkan positif. Jadi mungkin kena dekat groceries. Alhamdulillah awal minggu ni kami dah tamat kuarantin dan bebas Covid-19," katanya.

Untuk makluman, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki bernama Raden Muhammad Rafael, 2, dan Raden Seri Rosabella Cinta yang berusia setahun. Raf juga mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Raden Ahmad Rayyan, 10 dan Raden Seri Raysaa Chanela, 6.











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: