27 July 2021

BAKAL JALANI RADIOTERAPI BAHAGIAN HATI & PINGGUL - ELYANA MOHON DOA



"Esok (hari ini) dah start radiotherapy bahagian liver dan pinggul.. Malam ni (malam tadi) tidur hospital sorang2.. Tiba2 sayu je rasa.. Kebetulan dah 4 hari saya tak cukup tidur sebab sebelah badan sakit.. tak tau kenapa,tapi saya jangka itu angin yang dah tangkap saraf.

"Doakan radiotherapy saya kali ni berjalan lancar, dan semoga saya kuat..," itulah tulis penyanyi Elyana yang memaklumkan bahawa dia akan kembali menjalani rawatan radioterapi di bahagian hati dan pinggul pada hari ini.

Perkara tersebut turut dikongsikan Elyana menerusi sebuah hantaran di laman Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

Kata Elyana lagi, dia juga sudah empat hari tidak cukup tidur kerana mengalami sakit badan namun hanya berfikiran positif dan menganggap hanya angin dalam badan semata-mata.

Klik untuk gambar besar



Penyanyi lagu 'Kalis Rindu' itu turut memohon doa orang ramai terutamanya peminat agar urusannya berjalan lancar dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi dugaan sakit itu.

Untuk makluman, Elyana telah menghidap kanser limfoma sejak 10 tahun yang lalu dan ia dilaporkan telah merebak ke rahim, hati dan juga pangkal paha.

Dia sebelum ini membuat pendedahan mengenai penyakit yang dihidapinya selepas tersingkir pada minggu kelima program realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ke-4 pada tahun 2017 yang lalu.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: