27 July 2021

VIDEO AKSI TAK SENONOH MIRIP TERSEBAR - ADA PIHAK NAK JATUHKAN USTAZ EBIT LEW?



Nampaknya isu mengenai misi kemanusian pendakwah terkenal, Ebit Lew ke Gaza tidak berkesudahan apabila ia sehingga kini masih hangat diperkatakan.

Terkini timbul pula satu isu lain yang seolah-olah menunjukkan ada usaha pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau. Terbaharu, tular video memaparkan seorang individu mirip pendakwah itu yang sedang melakukan aksi tidak sopan di atas katil.

Semakan di Twitter dengan carian kata kunci 'Ebit Lew' turut membawa kepada penemuan beberapa tweet yang seolah-olah sedang memperkatakan isu itu. Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan penjelasan daripada Ebit masih tidak berhasil.

Klik untuk gambar besar



Untuk makluman, nama pendakwah itu panas apabila penyanyi rap Caprice mengumumkan akan membuat satu pendedahan mengenai misi kemanusiannya ke Gaza baru-baru ini.

Isu itu semakin panas apabila aktivis badan bukan kerajaan (NGO) di wilayah bergolak itu, Muhammad Nadir Al-Nuri tampil membuat beberapa dakwaan ke atas pendakwah itu sebelum Ebit sendiri tampil membuat penjelasan menerusi sesi live pada Jumaat lalu.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: