Menerusi perkongsian di laman Instagram, pengacara popular, Fedtri Yahya telah memaklumkan bapanya berusia 72 tahun disahkan positif Covid-19.
Kata Fedtri, bapanya kini di hospital dan sedang menerima rawatan. Lebih mendukacitakan, Fedtri turut memberitahu seluruh keluarga abannya juga diuji dengan positif Covid-19.
"Beraya di hospital... Doakan ayah saya yang diuji +ve. Pertama kali masuk hospital pada usia 72 tahun. Semoga dikurniakan kesembuhan segera.
Klik untuk gambar besar
"Juga buat keluarga abang saya yang semuanya diuji +ve. Berkat kemuliaan hari arafah dan Zulhijjah, semoga baik-baik semuanya," tulisnya yang memuat naik foto bapanya di hospital.
Kemas kini tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesembuhan dan kesejahteraan untuk bapa dan abangnya.
________________________
No comments:
Post a Comment