20 July 2021

ISTERI SELAMAT BERSALIN - NAZRIEF NAZRI TIMANG 'BABY BOY'



"Alhamdulillah isteri saya selamat bersalin secara normal pada pukul 1.12 pagi, hari Arafah (Isnin). Dia berada dalam dewan bersalin pun tak lama, kurang empat jam. Saya dapat teman isteri bersalin sebab dah dapat suntikan vaksin serta jalani swab test dan keputusannya negatif.

"Saya tak gementar sangat tapi lebih kepada teruja. Saya dah niat untuk beri semangat dekat isteri ketika proses kelahiran dan dia pun banyak buat research sebelum bersalin, jadi dia sudah tahu cara yang betul untuk push baby," demikianlah kata pelakon Nazrief Nazri.

Ketika negara masih dilanda pandemik, tidak semua suami berpeluang menemani isteri masing-masing di dalam bilik bersalin berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat bagi mengekang penularan Covid-19.

Klik untuk gambar besar



Namun lain pula dengan Nazrief apabila dia dapat merasai pengalaman menyambut kelahiran cahaya mata sulung kira-kira pukul 1.12 pagi Isnin di sebuah pusat perubatan di Putrajaya.

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, kehadiran bayi lelaki menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha adalah hadiah bermakna buat dia dan isteri, Aizatul Aqma Hamdan.

Selain itu, Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri berkata amat sukar untuk menggambarkan perasaannya pada ketika in apabila dia sudah menjadi seorang bapa.


"Sukar untuk menggambarkan perasaan saya saat melihat bayi kami dilahirkan... tapi memang rasa sangat luar biasa tak boleh nak ungkap. Macam tak percaya dah ada anak sendiri. Allah permudahkan semuanya. Saya dapat potong tali pusat dia dan tengok dia keluar daripada ibunya.

"Sudah tentu saya rasa syukur sangat baby sihat dan muka dia memang gabungan kami berdua. Buat masa kini nama panggilan dah ada... nama penuh belum ditetapkan lagi. Akaun Instagram juga akan ada dalam masa terdekat tapi itu saya serahkan semua dekat isteri sampai dia sihat nanti," ujarnya.

Untuk makluman, Nazrief mendirikan rumah tangga dengan Aizatul, 27, pada 15 November 2019 di The Seavoy House, Titiwangsa, Kuala Lumpur.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: