01 July 2021

BILA ANAK BONGSU LAN SOLO MENANGIS NAK SEKOLAH, TAPI TUTUP



Menerusi muat naik di laman Instagram, penyanyi Lan Solo telah berkongsi sedutan video yang diambil isterinya, Nur Sheila mengenai anak bongsu mereka, Nur Amna Quxandra yang menangis gara-gara mahu pergi ke sekolah. Lan telah meluahkan rasa sebak melaihat gelagat anakya itu.

"ANAK AKU DAH RINDU SKOLAH WEIII.. Kes tak turun2 lagi.. mcm mana nak skolah nak oiii.. daddy pon xtau sampai bila," tulis Lan sebagai kapsyen.

Melihat pada video berdurasi 57 saat itu, Sheila terpaksa membawa anaknya yang lengkap memakai pakaian seragam dan beg ke sekolah namun ia ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Penuh (total lockdown).

Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya turut merasa sebak dan memahami perasaan anaknya yang sudah bosan kerana terpaksa duduk di rumah.

Klik untuk gambar besar



"Siannya wehh, sabar la sayang. acik pun tak dapat pergi sekolah mengajar ni. Anak-anak murid pun mengadu bosan. - "Budak pun tahu boring, apa lagi kita yang tua ni asyik PKP 1000 kali.

"Allahuakbar, siannya budak pun tahu bosan nak pergi sekolah jumpa cikgu dan kawan-kawan. Kita pun sebak kalau anak macam ni. Faham sangat, anak-anak rindu sekolah weh," itu;ah komen-komen wargamaya.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 50,000 tontonan daripada pengikutnya.

Untuk makluman, Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009. Pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata bernama Nur Amna Qaleesya, 9, Nur Amna Qeesyara, 6, Muhammad AkidQassyaff, 5, dan Nur Amna Quxandra berusia 3 tahun.







         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: