01 July 2021

BELI GAME DI ONLINE RM10,000 - ANAK ZARINA TINGGALKAN BAKI AKAUN RM3 JE



"Selama ini, saya memang beri dia kad bank untuk mudahkan dia membeli data internet atau makanan dalam talian. Saya tak terfikir langsung yang dia akan menggunakan wang yang saya kumpul dalam akaun peribadinya untuk membeli permainan video itu.

"Menggigil satu badan apabila dapat tahu wang itu 'lesap'. Adam mengaku dia membeli tiga permainan video dalam talian yang setiap satunya berharga RM3,000 hingga RM5,000," demikian kata pelakon, Zarina Zainuddin yang terkejut apabila anak bongsunya, Adam, 15, membelanjakan lebih RM10,000 untuk membeli tiga permainan video dalam talian sehingga wang simpanannya hanya berbaki RM3.

Untuk info, Zarina habis wang simpanannya sebanyak RM23,000 untuk kegunaan masa depan pendidikan anaknya itu. Ia kini hanya berbaki RM3.

"Saya muat naik video itu bukan suka-suka atau nak aibkan anak. Saya cuma nak bagi teladan supaya ibu bapa di luar sana mengawasi pergerakan anak-anak di rumah, lagi-lagi dalam keadaan sekarang ini macam-macam boleh berlaku.

"Saya sudah memadam hantaran itu dan saya beritahu Adam yang saya nak dia menghargai apa yang saya lakukan untuknya selama ini. Sebagai ibu saya sangat terkesan dengan benda ini tapi orang luar tak faham perasaan saya. Mereka ingat saya muat naik video untuk tujuan nak malukan dia.

"Nak malu apa? Dia bukan mencuri atau merogol anak orang. Dia cuma beli permainan video menggunakan duit dia sendiri dengan jumlah yang begitu besar. Dia mencalarkan kepercayaan saya. Jadi apa yang malunya? Mereka yang kata macam ini tiada fikiran ke?

"Takkanlah nak simpan keburukan anak. Saya kongsi supaya orang luar juga ambil langkah sama dengan memantau pergerakan anak masing-masing. Saya dah terkena, jadi saya tak mahu orang lain pun sama," tambahnya dipetik sebagai berkata.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: