15 July 2021

BILA ZOEY TEMANI ZARINA ANJOULIE BUANG TATU NAMA BEKAS SUAMI, YAS



Nama pelakon Zarina Anjoulie dan pelakon Zoey Rahman sejak minggu lalu hangat diperkatakan selepas didakwa mempunyai hubungan istimewa apabila mereka dilihat rapat. Bagaimanapun, Zoey berkata mereka sedang mengenali hati masing-masing apatah lagi mereka sudah saling mengenali sejak tahun 2010 lagi.

Terbaru, Zarina atau lebih mesra disapa Anju ada memuat naik video pergi ke satu klinik bersama Zoey untuk membuang tatu yang ada di badannya. Menerusi video berkenaan turut memaparkan proses pembuangan tatu menggunakan kaedah laser. Anju juga memaklumkan tatu nama bekas suaminya, Yas merupakan tatu pertama yang dibuang olehnya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mendoakan agar Anju akan berubah menjadi lebih baik selepas membuang tatu di badannya. Malah, ramai mendoakan hubungannya bersama Zoey berkekalan dan sampai ke jinjang pelamin. Selain komen positif, ada juga komen yang tidak menyenangkan yang mereka berdua.

Klik untuk gambar besar









         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: