27 July 2021

CAPRICE AKUI TERASA HATI ISU MENTAL HEALTH & ZIKIR: "ALHAMDULILLAH SAYA OKAY..."



Penyanyi rap, Caprice menerusi muat naik video di laman Instagram telah mengakui dia terasa hati apabila ada beberapa pihak yang mengaitkan dengan isu kesihatan mental. Menurutnya, sehingga kini dia bersyukur kerana dia sedang berada dalam keadaan yang paling tenang.

"Saya nak cakap sikit satu perkara yang buat saya terasa hati, ramai mesej saya ad isu dengan mental health sebab itu Caprice macam ni. Alhamdulillah saya okay dan saya berasa dalam keadaan paling tenang. Saya tahu salah saya bila terlalu emosi," katanya.

Tambahnya, ramai di antara netizen juga menjadikan amalan zikirnya satu bahan jenaka. Caprice berkata demikian menerusi beberapa posting di Instagram Story miliknya, awal pagi tadi.

"Ada yang buat laawak tentang my zikir, saya always zikir. Saya banyak baca buku berkaitan Islam dan kehidupan Nabi Muhammad SAW supaya saya ingat tujuan saya di sini. Setiap hari saya akan bercakap dengan seorang atau dua ustaz dari Malaysia.

Klik untuk gambar besar



"Rujuk mereka apa yang saya rasa, lalui dan perancangan saya. Alhamdulillah tiada siapa pun minta saya pulang. Jadi saya akan sambung misi. Saya ok je semua, yang sindir kita, caci kita, Insya-Allah, kebenaran akan berlaku dengan sendiri," ujarnya lagi.

Baru-baru ini, Caprice mencetuskan tanda tanya apabila berkongsi sekeping foto 'iblis' menerusi muat naik di Instagramnya pada Isnin. Dalam hantaran terbabit, Caprice seakan-akan memberi bayangan tentang kepura-puraan, takdir dan pendedahan bersar-besaran.

Untuk makluman, Caprice yang baru meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-33 pada Ahad itu masih berada di Mesir bersendirian demi melunaskan misi kemanusiaan di Gaza, Palestin. Terdahulu, Caprice menjadi tumpuan ramai apabila dikatakan berbalas kenyataan berhubung isu misi kemanusiaan di Palestin yang dijalankan penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: