27 July 2021

3 BULAN FIZA TAK JUMPA ANAK: "BERMACAM-MACAM TOHMAHAN... SEDIH SAYA SIAPA TAHU..."



"Hampir 3 bulan kami tak dapat berjumpa di sebabkan PKP... Semua yang berlaku sudah pun tertulis. Ada yang menghina, mencaci, mengeji saya. Bermacam-macam tohmahan yang saya dapat. Tapi saya hanya berdiam diri dan tak nak berkata apa-apa.. Biarlah... Bagi saya, ini adalah ujian & bahagian saya. Saya redha dan pasrah dengan semua ketentuan yang sudah pun tertulis pada lukisan hidup saya...

"Hidup perlu di teruskan. Saya hanya manusia biasa dan seorang hamba yang lemah & sering melakukan kesilapan. Tiada seorang wanita pun di dunia ini inginkan perpisahan... Tapi qada & qada'r dari Allah tak siapa tahu.. Takkan mungkin seorang ibu sanggup berjauhan dari anaknya. Sedih saya siapa tahu?...

"Hari ni Allah makbulkan doa saya untuk bertemu dengan nyawa saya ni.. Terima kasih Allah di atas kegembiraan ini & nikmat yang Kau hadirkan. Kesabaran yang cukup bermakna... Jika kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah.. (thousand thanks to my sifu @saifulapek & @emyamoi for always there with me) Allah lebih mengetahui semua... #myprecious #," demikian tulis pelakon Fiza Halim di laman Instagram.

Menerusi entri tersebut, Fiza mengakui telah menerima pelbagai tohmahan selepas dituduh oleh adik iparnya sendiri bahawa dia merupakan kaki sondol dan mata duitan baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar



Menurut Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, dia menganggap hal yang berlaku dalam hidupnya baru-baru ini merupakan sebahagian daripada ujian hidup dan menerima sebagai qada dan qadar.

Dalam hantaran yang sama dibuat olehnya, dia turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan anak perempuannya, Siti Alena Adra atau Baby Aleena, 3, disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sedia maklum, sebelum ini pada tanggal 11 Julai, nama Fiza Halim menjadi bualan orang ramai di Twitter selepas seorang individu yang juga merupakan bekas adik iparnya mendakwa pelakon tersebut seseorang 'kaki sondol' dan pemusnah rumah tangga orang.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: