27 July 2021

IBU MASIH DITIDURKAN DI ICU - SYAMEL LUAH RASA RINDU



"Keadaannnya (ibu) masih sama dan kami pun masih tidak dibenarkan melawat lagi. Dia memang masih ditidurkan dan bergantung kepada bantuan pernafasan. Doktor pun tiada cakap apa-apa lagi mengenai perkembangan keadaannya. Berharap juga, sekurang-kurangnya dapat bercakap menerusi panggilan video dengan umi.

"Rindu sangat dengan umi. Semoga Allah dengar doa-doa kita dan pemudahan urusan umi. Terima kasih atas jasa baik anda yang mendoakan," kata penyanyi Syamel, 28, yang terpaksa menahan rasa rindu terhadap ibunya, Wan Faaizah Karim, 55, apabila keadaannya masih belum menunjukkan sebarang perkembangan selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), baru-baru ini.

Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly memaklumkan, mereka sekeluarga masih ternanti berita gembira dan berharap dapat bercakap dengan ibunya dalam masa terdekat.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, ibu Syamel dilaporkan terpaksa ditidurkan akibat kekurangan oksigen dalam badan. Suami kepada penyanyi dan pelakon Ernie Zakri itu juga memaklumkan ibunya sudah tiga minggu dimasukkan hospital sebelum dipindahkan ke ICU.

Mereka sekeluarga juga tidak pasti punca sebenar penyakit ibunya, namun menafikan ia disebabkan jangkitan Covid-19. Bahkan menurut Syamel, ibunya juga tidak pernah mengalami masalah kesihatan serius.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: