17 July 2021

CAPRICE DITEGUR SHARNAAZ: "JANGAN JADI PERANGAI BUDAK-BUDAK LA MAT"



"Orang sedang tengok anda di sana, tak perlu nak cipta gelombang tertentu seperti nak dedahkan sesuatu yang besar... apa masalahnya brother? Anda adalah orang yang baik, mungkin wujud isu mental kerana apa yang anda lihat di sana tak seperti yang dibayangkan.

"Saya kenal anda, memang ada benda yang anda cakap pakai otak... tapi sekarang anda buat perkara yang buatkan kami hilang rasa hormat, jangan buat benda mcm ni. Ada cara nak selesaikan, sebelum ni orang pandang tinggi pada anda. Tapi sekarang ni orang nampak anda bergaduh sesama sndiri... gaduh dengan team Ebit.

"Jangan jadi perangai budak-budak la mat! Kita dah besar, kita ni mewakili negara dan Islam. Tolonglah selesaikan secara senyap, buat cara baik dan uruskan dengan betul tapi jangan cetuskan kontroversi yang tak sepatutnya," ujar pelakon Sharnaaz Ahmad yang tampil menegur penyanyi rap Caprice berhubung kenyataan terhadap Ustaz Ebit Lew.

Kekecohan yang ditimbulkan Caprice tentang cerita belakang tabir membabitkan personaliti dakwah itu di Gaza cukup mengejutkan banyak pihak. Rata-rata masih celaru dengan apa yang berlaku namun jelas tindakan Caprice atau Ariz Ramli, 33, itu mencetuskan pelbagai tanda tanya mengenai misi bantuan kemanusiaan mereka di bumi Palestin.

Klik untuk gambar besar



Sharnaaz, 36, antara yang kecewa dengan perbalahan membabitkan dua tokoh berkenaan. Sharnaaz berkata demikian ketika menyertai sesi Instagram live bersama Caprice pada tengah malam Jumaat.

Terdahulu Caprice mencetuskan kontroversi dengan mendedahkan tegurannya terhadap Ebit selepas dia menerima rungutan daripada rakyat Gaza tentang cara pendakwah berkenaan menghulurkan bantuan.

Bukan itu sahaja, Ebit turut dilihat menyekat akaun Instagram Caprice. Dalam pada itu Sharnaaz turut menegur perlakuan Caprice yang menurutnya tidak profesional.


Pada sesi yang disaksikan hampir 250,000 pengguna Instagram itu, Caprice turut menitiskan air mata apabila Sharnaaz memintanya segera selesaikan misi di Gaza dan pulang ke Malaysia.

Bagaimanapun kata Caprice dia belum bersedia untuk pulang selagi masalah politik yang berlaku di tanah air tidak diselesaikan dengan baik.

"Saya minta maaf kalau ada yang terasa hati tentang isu ustaz Ebit Lew. Sesiapa pun kalau salah kita kena tegur," katanya.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: