17 July 2021

SEL KANSER YANG DIBEDAH MATI - NIZAM BERDOA SUPAYA ISTERI BEBAS SEPENUHNYA



"Sebanyak 17 kelenjar limfa dibuang serta dihantar ke makmal dan saya bersyukur tiada satu pun mengandungi sel kanser. Ini bermakna rawatan kemoterapi sebanyak enam pusingan dan pembedahan itu berjaya menghapuskan sel kanser.

"Bagaimanapun masih ada rawatan lagi dengan doktor untuk pemantauan berterusan," itulah kata penyanyi Nizam Laksamana yang meluahkan rasa syukur apabila doktor mengesahkan proses kemoterapi yang dijalani isterinya, Salwati Zulkifli, 46, akibat kanser payudara menampakkan kesan positif.

Nizam berkata, doktor di Hospital Kuala Lumpur (HKL) memaklumkan sel kanser di tempat yang dibedah sudah mati. Nizam turut berdoa supaya isterinya bebas sepenuhnya dari kanser.

Klik untuk gambar besar



"Berkat izin Allah SWT, berkat doa-doa kaum keluarga. Berkat doa kawan-kawan Facebook. Juga berkat doa-doa anak-anak yatim, berkat doa daripada ustaz-ustaz dan jemaah-jemaah surau. Allah makbulkan. Terima kasih diucapkan. Hanya Allah saja yang dapat membalas segala jasa baik anda semua," tuturnya.

Terdahulu, penyanyi lagu 'Gugurnya Bunga Cinta' ini diuji apabila doktor mengesahkan isterinya menghidap kanser payudara pada awal Februari lalu. Menurutnya, isterinya mula dikesan mempunyai tanda-tanda kanser payudara selepas membuat pemeriksaan di klinik kerajaan di Gombak.

"Doktor yang membuat pemeriksaan mendapati ada ketulan. Doktor kemudian membuat ukuran dan terus aturkan temujanji untuk ke HKL. Doktor pakar di HKL mengesahkan isteri saya menghidap kanser payudara tapi tak besar hanya 1.6 sentimeter. Isteri mula menjalani kemoterapi di HKL bermula 3 Mac lalu," ujarnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: