17 July 2021

TEGUR ISU 'GUNA KANAK-KANAK' DI PALESTIN - CAPRICE KECEWA KENA 'BLOCK' EBIT LEW DI IG?



"Salam ustaz, minta maaf tapi Caprice dah simpan rasa ni dekat satu minggu dah, Caprice rasa kena tegur ustaz depan-depan dulu. Ada beberapa pihak yang tak senang tengok gambar-gambar ustaz yang hanya highlight orang dan budak miskin. Caprice bagi contoh budak ni kena ambil gambar dua kali terima mainan.

"Apabila orang Palestin tanya kenapa ustaz yang famous di Malaysia buat macam ni, Caprice pun tak tahu macam mana nak jawab," demikian kata penyanyi rap Caprice menerusi mesej yang dipercayai dihantar ke aplikasi WhatsApp personaliti dakwah Ustaz Ebit Lew.

Nampaknya hubungan antara Caprice dengan Ustaz Ebit secara tiba-tiba menjadi dingin. Kekusutan antara mereka mula disedari selepas Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, berkongsi mesej panjang lebar yang dihantarnya bagi menegur perilaku Ustaz Ebit ketika dalam misi kemanusiaan di Gaza baru-baru ini.

Menurut Caprice tindakan Ebit menggunakan kanak-kanak malang di bumi Palestin sebagai bahan kandungan media sosial adalah sesuatu yang tidak wajar. Namun dakwa Caprice mesej teguran berkenaan tidak dilayan pendakwah bebas yang terkenal dengan pelbagai misi bantuan itu.

Klik untuk gambar besar



Caprice berkata dia turut disoal oleh orang Gaza berkenaan gambar Ustaz Ebit beri mainan kepada kanak-kanak di sana. Menerusi siri perkongsian di Instastory, Caprice turut berkongsi foto Ebit bersama seorang kanak-kanak yang diberikan mainan dalam dua sudut yang berbeza. Difahamkan foto berkenaan menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak di Palestin.

"Caprice adalah penyokong nombor satu ustaz selama ni, fasal mainan tu kecoh selepas orang Gaza tanya tentang hal berkenaan. Budak miskin yang sama terima mainan sama tapi kena pose untuk kamera dua kali. Orang Gaza soal kenapa nampak macam photoshoot? Sudah la selama ni mereka tahu ada banyak kes berlaku macam ni," ujarnya.

Susulan teguran terbuka itu, Caprice turut mendedahkan dia juga sudah disekat daripada mengikuti akaun Instagram Ustaz Ebit di Instagram. Luah Caprice, dia rasa sedih dan malu kerana idolanya berbuat demikian hanya kerana tindakannya memberikan teguran secara peribadi.



Umum mengetahui baru-baru ini Caprice ke Gaza dan Mesir untuk menjalankan misi kemanusiaan di sana. Caprice berangkat ke Palestin pada 24 Jun lalu bagi menyertai misi bantuan ke Gaza dan sehingga kini masih belum kembali ke tanah air.

Meskipun sudah dua minggu menanti, Caprice tetap positif dan berharap apa yang berlaku bukan tindakan pendakwah tersebut. Namun, kata Caprice lagi, salah seorang daripada pasukan Ebit Lew yang didakwa bodyguard pendakwah itu seolah mahu membakar lagi hubungan baiknya dan ustaz dengan melakukan parodi bercakap sepertinya.

Bagaimanapun, seperti sudah dijangka perkongsian Caprice itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang kembali mengecamnya. Difahamkan, Caprice akan membuat Instagram Live pada 21 Julai ini bagi membongkar hal sebenar. Apa pun sama-sama kita nantikan.










         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: