19 July 2021

CAPRICE TAMPIL MOHON MAAF, AKUI TERLALU EMOSI



"Salam Tuanku @hrhcrownprinceofjohor @hishammuddinhussein ebitlew, Caprice mohon minta maaf atas kesilapan Caprice dimana kita terlalu emosi tentang pejuang kita demi ummah, demi Palestine, dan demi Rakyat Malaysia. Ape yang berlaku adelah kesilapan Caprice sendiri dan tidak terlibat pihak lain.

"Caprice nak ucapkan terima kasih kepada DS @hishammuddinhussein, Embassy Malaysia mesir, dan Kerajaan Egypt for the hospitality, support, and 24hour protection and security selama Caprice berada di Mesir.

"Caprice nak ucapkan terima kasih juga kepada DS @azeezrahim yang tibe2 jadi seorang ayah kepada caprice selama kita kenal. I can never repay you back for the love and care you have shown me throughout this mission. And to all the members or HM4P, Team Mercy, dan Media di Mesir, thank you for being a big brother to me and guiding me for the past 30 days. Dato Farid, Dato Razali, Dr Kassim, and Abdullah. I couldnt have asked for a better band of brothers to share this experience. Thank you for the late night talks, the love, and your guidance.

Klik untuk gambar besar



"Last but not least, caprice minta maaf kepada ibu dan ayah caprice for making you worry about my safety. I love you and my intention since the day I chose to go on my own at 16 was only to make you proud.

"Minta maaf kepada Malaysia dan rakyat Malaysia. InsyaAllah I will return after I complete and fufill a few promises I made to the people of Palestine. I am sorry. Salam," demikianlah tulis penyanyi rap, Caprice yang tampil memohon maaf secara terbuka menerusi laman Instagram.

Menerusi entri tersebut, Caprice bukan sahaja memohon maaf kepada pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew malah kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Kanan Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien. Caprice berkata dia mengakui kesilapannya yang bertindak mengikut emosi kerana perjuangannya demi ummah, Palestin dan rakyat Malaysia.



Dalam masa sama, Caprice turut mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia (BKUM), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang disifatkannya sebagai 'ayah' sepanjang berada di sana.

Caprice turut memohon maaf kepada ibu bapanya yang meluahkan rasa bimbang terhadapnya serta memohon kemaafan kepada rakyat Malaysia di atas apa yang berlaku.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai perselisihan faham antara Caprice dan Ustaz Ebit.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: