Kenyataan jutawan komestik Datuk Seri Vida berhubung isu bendera putih sebelum ini telah membuatkan dirinya dikecam netizen yang meluahkan rasa tidak puas hati.
Ketika Vida dikecam, anaknya iaitu Cik B pula menerima pujian ramai apabila menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Seperti sudah dijangka, Cik B juga turut menerima komen daripada netizen berhubung isu ibunya.
Menerusi satu entri di Twitter, Cik B ada memuat naik komen netizen mengenai perkara itu. Tampil mengulas kritikan netizen itu, Cik B berharap netizen faham bahawa dia dan ibunya adalah dua individu berbeza. Ujarnya. ibunya berhak ada pandangannya sendiri namun tidak bermakna mereka berkongsi pendapat yang sama.
Klik untuk gambar besar
Kata Cik B lagi, dia menyifatkan ibunya seorang wanita yang sangat hebat dan sentiasa menghormati ibunya. Perkongsian Cik B itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji jawapan matang gadis berusia 16 tahun itu. Serta berani bersuara mengenai isu melibatkan ibunya.
Dalam pada itu, netizen berkata di sebalik keperibadian Cik B hebat adalah disebabkan didikan hebat daripada ibunya. Tidak kurang juga, ada yang mengatakan tidak sepatutnya membabitkan Cik B dalam kontroversi ibunya.
________________________
No comments:
Post a Comment