10 July 2021

SUAMI SERINA TERIMA SIJIL PENGHARGAAN TUGAS CEMERLANG: "PROUD OF YOU DARLING..."



"Tahniah suamiku tersayang, terima sijil penghargaan tugas cemerlang! Di mana ada kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya, iaitu Ibu dan isteri yang sentiasa mendoakan keselamatan serta kejayaan mereka.

"I will always support your work & proud of u Darling, bertugas menjaga keamanan, demi keselamatan rakyat, bakti pihak polis adalah perjuangan yang mulia," tulis pelakon dan personaliti TV, Serina Redzuawan yang menzahirkan perasaan syukur apabila suami kesayangan, Meor Mohammad Aidid menerima sijil penghargaan kerana kecemerlangannya dalam menjalankan tugas.

Serina yang juga anak perempuan kepada cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan telah berkongsikan berita gembira tersebut menerusi sebuah hantaran di akaun Instagram miliknya. Suaminya yang merupakan anggota polis itu menerima penghargaan tersebut kerana bertungkus-lumus menjaga keselamatan negara.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Serina turut mengucapkan tahniah kepada semua anggota polis yang bertungkus-lumus menjafa keselamatan negara.

"Syabas kepada semua Anggota polis yg bekorban masa, bersengkang mata memastikan negara berdaulat kita ni aman damai," katanya.

Untuk makluman, Serina dan Aidid telah mendirikan rumah tangga pada 9 April yang lalu. Pelakon wanita itu turut mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya yang kini berusia 10 tahun hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.






         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: