07 July 2021

DISANGKA DEMAM PANAS, RUPANNYA ANAK PU ABU & AIN AFINI POSITIF COVID-19



"Anak saya Aysar disahkan posisitif Covid-19 dan keadaannya sekarang tak berapa stabil. Ada masanya suhu okay, lepas tu kadang-kadang suhu naik semula sampai 40 darjah Celcius. Sekarang ni anak saya di bawah pemantauan doktor dan dijaga oleh ibunya.

"Saya tak pasti macam mana boleh dapat jangkitan Covid-19. Kita tahu kawasan Lembah Klang ni zon merah dan berisiko. Saya harap semuanya dalam keadaan terkawal dan baik-baik sahaja," ujar Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan yang memaklumkan anaknya, Muhammad Adam Aysar yang kini berusia tiga tahun disahkan positif Covid-19.

Kata PU Abu atau nama sebenarnya Mohd Abu Sufyan Mokhtar Rozaidi, pada mulanya anaknya itu disangka hanya mengalami demam panas, namun rupanya dijangkiti virus tersebut. Jelas PU Abu, anaknya segera dikejarkan ke Hospital Klang pada Ahad lalu apabila suhu badan anaknya mencecah 40 darjah Celsius.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu Abu berkata, mereka belum mengetahui punca jangkitan tersebut berikutan dia dan isteri tidak dijangkiti virus berkenaan. Malah PU Abu juga berharap agar orang ramai mendoakan agar anaknya cepat sembuh daripada virus berbahaya itu.

Untuk makluman, PU Abu berkahwin dengan Ain Afini Latif pada Ogos 2018. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki bernama Muhammad Adam Aysar, 3. Abu turut mempunyai seorang lagi cahaya mata iaitu Muhammad Uwais Mateen, 1, hasil perkahwinannya dengan Hana Azraa.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: