07 July 2021

"NAMPAK KOTOR TAPI BOLEH JIMAT" - BALKISYH CADANG GUNA KAIN LAMPIN ATAU NAPKIN



"Sy dapat maklumat terlalu ramai yg perlukan pampers untuk anak2 mereka sejak sy upload di IG baru2 ini..sy dah berbincang & berikan maklumat mereka yang memerlukan kepada beberapa NGO.. alhamdulillah ada diantara mereka yg telah dibantu..

"Cuma yang menjadi kebimbangannya, bantuan pampers ini mungkin tak akan dapat secara kerap sebab terlalu ramai yg memerlukannya dan tambahan juga ramai orang yg dah terputus bekalan makanan & barangan asas..jadi dana peruntukan akan diutamakan untuk mereka yang amat memerlukan barangan asas & makanan..

"Bagi menjamin keperluan anak2, sy cadangkan kita kembali kepada zaman dahulu atau #backtonature iaitu menggunakan lampin atau napkin..Mmg zaman skarang ianya dianggap remeh & kotor tapi masa kecik sy pon guna napkin nie..Sy berasal daripada keluarga yg susah & adik2 sy hingga yg bongsu pon guna napkin nie..

"Kalau sy ade baby pon, sy sndri akan buat kaedah ini spy dapat saving memandangkan sy pon dah hilang pendapatan..Biarlah org nk kata apa pn, asalkan sy boleh terus melangsungkan kehidupan yg tak tahu sampai bila boleh bertahan..Pitih dah makin surut bohh..kijee takdokk ..

Klik untuk gambar besar



"Pada sy kaedah ini bolehlah anda guna untuk sementara sahaja & kalau ekonomi dah pulih & pendapatan dah stabil nnt boleh guna pampers balik..Kalau tanya pd En. Google pelbagai teknik yang ada diajar dalam tu..Orang zaman dulu atau tahun 90-an ke bawah termasok sy nie masa kecik mmg guna kaedah nie & Alhamdulillah kami helok jekk..

"Semua orang tengah tenat skarang..Buat masa nie kita kena ubah cara hidup kita yg tak sama dengan khidupan sebelom ini..Semoga kaedah #backtonature ini sedikit sebanyak boleh membantu anda yg telah kehabisan pampers..Sy doakan spy dipermudahkan urusan kita smua & pandemik COVID-19 ini cepat berakhir ..," tulis pelakon Balkisyh Semundur Khan yang mencadangkan supaya para ibu bapa mencari alternatif lain dengan menggantikan lampin pakai buang dengan kain napkin.

Sejak akhir-akhir ini, kita sering kali mendengar keluhan segelintir ibu bapa yang kini dikatakan sudah tidak mampu lagi membeli lampin pakai buang buat anak kecil mereka terutamanya dizaman ekonomi serba mencabar ini.


Menurut Balqish, tidak salah untuk kita kembali menggunakan teknik lama sebagai salah satu cara untuk mengatasi masalah kekurangan lampin pakai buang buat sementara waktu.

Katanya lagi, meskipun kaedah ini dianggap remeh pada zaman serba moden ini, namum, setidak-tidaknya ia dapat membantu para ibu bapa untuk berjimat serta mendahulukan perkara yang lebih penting seperti soal makan dan minum.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon yang sinonim dengan drama Mok Cun itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram. Dalam pada itu, Balkisyh turut dilihat menitipkan doakan agar keadaan megara dapat pulih seperti bisa dalam masa terdekat.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: