15 July 2021

DIUJI KEHILANGAN BAPA - USTAZ EBIT LEW KEMBALI TERUSKAN KERJA AMAL



Pendakwah popular Ustaz Ebit Lew nampaknya sudah kembali meneruskan kerja amal membantu mereka yang memerlukan, selepas baru sahaja diuji apabila bapa tercinta meninggal dunia dua hari lalu.

Menerusi satu entri di Instagram hari ini, Ebit memaklumkan beliau merasmikan Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di Stadium Titiwangsa serta menyumbang beberapa perlatan untuk merawat pesakit Covid-19.

"Berat melihat keadaan Malaysia dari hari tu masa dekat Palestin. Tak sabar nak buat sesuatu di Malaysia. Terharu sebak sangat dengan pengorbanan frontliners bagi membantu misi negara ini.

"Besarnya pengorbanan mereka. Setiap hari pakai baju PPE. Kerja yang setiap hari semakin berat. Ya Allah. Semoga Allah beri kekuatan pada semua.

Klik untuk gambar besar



"Saya bantu siapkan kelengkapan untuk mereka. Belikan canvas bed 100 unit, PPE 200 unit, Laptop 3 unit, Tablet Tab A 10 unit, Kipas 10 unit, Kerusi Plastik, Meja Plastik, Glove 50kotak," tulisnya.

Dalam pada itu, Ebit turut mendoakan agar keadaan negara akan segera pulih dan bebas daripada virus Covid-19 agar rakyat dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

Perkongsian Ebit itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terharu dengan semangat pendakwah tersebut yang tetap kuat meneruskan misi bantuan meskipun baru kehilangan bapa tercinta.








         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: