16 July 2021

AL-FATIHAH - BAPA KRISDAYANTI KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada penyanyi ternama Indonesia, Krisdayanti atas pemergian bapannya, Trenggono yang disahkan meninggal dunia di Denpasar, Bali, semalam.

Berita duka tersebut dikongsikan Krisdayanti menerusi laman Instagram miliknya. Bagaimanapun, Krisdayanti tidak memaklumkan sebab kematian bapanya.

Dalam hantaran itu, Krisdayanti turut memohon orang ramai mendoakan arwah bapanya ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Isteri kepada usahawan Raul Lemos itu memuat naik foto kenangan bapanya dan paparan skrin ketika dia membuat panggilan video melihat jenazah buat kali terakhir.

Klik untuk gambar besar



"Maafkan aku tidak dapat temani papa pergi. Innalillahwainnailaihirojiun, telah meninggal dengan tenang bapa kami dalam usia 79 tahun. Mohon doakan agar arwah diampunkan dosanya dan diteirma semua amal ibadahnya," tulisnya.

Menerusi perkongsian itu, isteri kepada usahawan Raul Lemos itu memuat naik foto kenangan bapanya dan paparan skrin ketika dia membuat panggilan video melihat jenazah buat kali terakhir.

Kata-kata Krisdayanti pada hantaran di akaun Instagram peribadinya mengundang kesedihan dalam kalangan netizen serta rakan-rakan artis.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: