16 July 2021

DUA KITAB AGAMA - NABILA HUDA BERSYUKUR BERJAYA KHATAM



"Kitab ke 2 dah nak khatam.. By next week kami dah masuk kitab ke 3, Bidayatul Hidayah.. Saya bersyukur sangat dengan waktu percuma yang ada ni.. Terlalu banyak sangat ilmu yang saya belajar!

"Syukur Alhamdulillah..," demikian kata pelakon Nabila Huda menerusi laman Instagram yang mengakui ada hikmah disebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengubah kehidupannya ke arah lebih baik, meskipun hampir dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19.

Anak kepada penyanyi rock legenda, Amy Search itu meluahkan rasa syukur apabila mereka sekeluarga hampir menghabiskan dua kitab agama dan tidak sabar melangkah ke kitab seterusnya.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Nabila mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut terinspirasi dengan kisahnya itu serta berminat untuk mempelajari kita berkenaan.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, Nabila berkata dia mempelajari kitab tersebut bersama seorang ustazah yang memberikan penerangan lanjut untuk pemahaman lebih baik.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: