Penyampai radio Fara Fauzana yang sudah lima tahun meninggalkan konti Hot FM itu telah membuat kejutan apabila dia kembali ke udara menerusi slot pagi bersama rakan penyampai, AG Azmeer dan Fad Bocey mulai hari ini.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, kejutan tersebut diumumkan oleh pihak stesen radio Hot FM pagi tadi sekaligus mengesahkan Farah Fauzana atau lebih mesra dipanggil Fafau kembali menyertai keluarga Hot FM.
Pengumuman tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan netizen yang teruja apabila penyampai radio terkenal itu kembali ke Hot FM serta rindu untuk mendengar celoteh Fafau.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, ada yang mahukan Hot FM memanggil semula Faizal Ismail atau FBI untuk melengkapkan kembali penyampai radio AM Krew yang pernah popular sebelum ini.
Sementara itu, ramai yang gembira dapt mendengar kembali suara Fafau di Hot FM apatah lagi sebelum ini ramai yang membesar dengan suaranya.
________________________

No comments:
Post a Comment